Misi #Malaysiapemurah

"Delivering Happiness"

Memberi senyuman Mengirim sukacita

1.24 JUTA RAKYAT MALAYSIA MASIH MISKIN

Selanjutnya dalam surat Al Baqarah ayat 261, Allah SWT menjanjikan balasan rezeki untuk orang yang sudah menginfakkan rezeki di jalan Allah SWT:

مَثَلُ الَّذِيْنَ يُنْفِقُوْنَ اَمْوَا لَهُمْ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ اَنْۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَا بِلَ فِيْ كُلِّ سُنْۢبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَا للّٰهُ يُضٰعِفُ لِمَنْ يَّشَآءُ ۗ وَا للّٰهُ وَا سِعٌ عَلِيْمٌ

Artinya: "Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha luas, Maha mengetahui."

Jabatan Perangkaan Malaysia dan Unit perancangan ekonomi mencatatkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) 2021-2025 pendapatan isi rumah bawah RM 1,169 merupakan golongan miskin tegar yang dikategorikan dalam isi rumah mudah terjejas yang bermaksud purata pendapatan bulanan adalah berubah-rubah dan tidak tetap. Oleh itu, risiko bebanan dan tekanan untuk menempuh keperluan hidup  amat merisaukan. Ramai anak-anak akan mula tidak bersekolah dan menyebabkan peratusan keciciran pelajaran akan semakin meningkat. 

MISI #MALAYSIAPEMURAH AKAN MENGEDARKAN KOTAK PEMURAH ANDA KEPADA MEREKA YANG SANGAT MEMERLUKAN

Kotak Pemurah adalah satu daripada produk kebajikan di bawah rangkaian Komuniti Benevolent Malaysia atau Komuniti Malaysia Pemurah yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (PPM-013-10-28062022). Sebagai entiti keusahawanan sosial yang meletakkan kebajikan dan sosial sebagai orientasi utamanya, kotak pemurah adalah inisiatif Benevolent Malaysia untuk memberikan sedikit sinar kegembiraan kepada masyarakat yang memerlukan. Seiring hasrat mewujudkan masyarakat berkebajikan, kelompok yang berkemampuan lebih amatlah dialukan menyumbang sadaqah, derma kepada inisiatif ini untuk memastikan lebih ramai keluarga memerlukan dapat disantuni. 

KOTAK PEMURAH ASAS

Bantuan keperluan barang  makanan asas  secara bulanan

KOTAK PEMURAH BENCANA ALAM ATAU MUSIBAH PENYAKIT 

Bantuan keperluan barang makanan asas dan juga barangan pampers, susu, ubat-ubatan bagi pesakit.

KOTAK PEMURAH KE SEKOLAH

Bantuan keperluan barangan peralatan ke sekolah dan juga bahan bantu belajar yang tercicir pelajaran. 


KOTAK PEMURAH PERAYAAN

Bantuan Keperluan barangan makanan asas dan juga juadah, biskut atau pakaian hari raya kepada penerima yang layak. 


Set Asas

Set Pesakit Terlantar

Set Kembali ke sekolah

Set Menyambut Perayaan

Bagaimana Kotak Pemurah Akan Diagihkan?


MANGSA BANJIR DI JOHOR MENINGKAT KE 3,612 MANGSA SETAKAT 25 JANUARI 2023

SUMBER : SINAR HARIAN

25 JAN 2023 9:12 AM

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat apabila seramai 3,612 orang melibatkan 1,014 keluarga dipindahkan ke 35 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 pagi pada Rabu. Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Batu Pahat menjadi daerah terbaharu terjejas banjir selepas seramai 121 orang daripada 30 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Parit Haji Kamisan yang dibuka tengah malam Selasa.

Mangsa meningkat hari ini

Lebih 3,000 mangsa dilaporkan hari ini dan dijangka bilangan akan bertambah mengikut taraf air dan jangkaan cuaca. 

35 Pusat Pemindahan Sementara Dibuka

Mangsa banjir dipindahkan ke PPS bagi tujuan keselamatan. Bantuan bagi mangsa banjir diperlukan bagi kegunaan di pusat pemindahan sementara seperti barangan makanan, barangan wanita, susu untuk kanak-kanak, pampers, dan banyak lagi bagi keperluan sepanjang di PPS sementara banjir surut 

Kami menawarkan kepada kepada para Budiman dan dermawan di luar yang sudi bersama kami menjayakan hasrat untuk mengirimkan sukacita (delivering happiness) kepada mereka yang memerlukan. 


Klik Butang "PAKEJ KOTAK PEMURAH" untuk memilih Sumbangan Kotak Pemurah anda. 

Klik Butang Whatsapp untuk kirimkan atau drop barangan sumbangan anda kepada Pusat Pengumpulan Kami

*Nama anda akan diletakkan di kotak pemurah sumbangan anda. Jika  untuk sedekah bagi pihak arwah, pastikan untuk niatkan pahala sedekah anda kepada arwah.